Friday, January 23, 2009

Tentera rejim Zionis sengaja sasar orang awam di Gaza

Seorang penduduk Palestin menceritakan bagaimana beliau menjadi saksi pembunuhan dua anak gadisnya manakala seorang lagi cedera parah ditembak tentera Israel yang muncul dari kereta kebal dan melepaskan tembakan walaupun mematuhi arahan supaya meninggalkan rumah mereka.

Khaled Abed Rabbo berkata, Amal, dua tahun dan Suad, tujuh, ditembak mati oleh anggota tentera rejim Zionis yang menggunakan raifal separuh automatik. Sementara seorang lagi anaknya, Samer, empat tahun, dipindahkan ke unit rawatan rapi di hospital di Belgium selepas mengalami kecederaan tulang belakang teruk.